Mengupas Budaya Kopi Australia

Menyajikan kopi

Bagaimana anda suka kopi anda? SBS Bahasa Melayu mengupas budaya koi Australia. (Getty) Credit: xavierarnau/Getty Images

Warga Australia sememangnya gila kopi sehinggakan Melbourne dianggap ibu kota kafe dunia. Meminum kopi ialah suatu aktiviti yang dianggap serius bagi sebilangan besar warga Australia, justeru kali ini, SBS Melayu mengupas budaya meminum kopi di negara ini.


75% warga Australia minum kopi setiap hari dan aktiviti ini dianggap sebahagian darah daging penduduknya.

Budaya minum kopi ini boleh dikesan sejak pendatang dari Eropah Barat berhijrah ke Australia dan membawa bersama mereka tradisi meminum kopi serta mesin espresso.

Semuanya bermula dengan mesin espresso yang direka khusus untuk memerah bijian kopi yang baru dikisar pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Pengadun kopi yang menyediakan kopi di setiap kafe dikenali sebagai barista.

Dan barista berpengalaman dan cekap mampu mengendali mesin espresso dengan tepat sekali bagi menghasilkan pelbagai gaya kopi mengikut selera peminum.

Pakar kopi, Santo Buccheri, memiliki sebuah kafe yang dinamakan Map Coffee.

Menurut beliau, espresso turut dikenali sebagai short black yang dianggap sebagai kopi asas setiap jenis minumnan kopi yang ditawarkan.

Short black dianggap perisa kopi asli dan menghasilkannya ialah suatu seni sains yang tepat.

Espresso atau short black diperolehi daripada 10-12 grams serbuk kopi dengan 30ml air.
Santo Buccheri, Map coffee
Satu lagi jenis kopi ialah ristretto dengan hanya mengguna 20ml air, menghasilkan kopi yang lebih pekat dan kuat berbanding espresso.

Walaupun espresso ialah satu sukatan kopi atau shot, sebilangan besar kafe menyediakan dua sukatan atau double shot.

Justeru, berhati-hati apabila memesan espresso anda.
Menyediakan espresso dengan mesin kopi
Kopi long black dan latte adalah kopi O dan kopi susu paling popular di Australia (Getty) Source: iStockphoto / Tim Allen/Getty Images
Berikut adalah kopi O paling popular.

Kopi O

Menurut Lily Fairhall, pengurus kedai istimewa untuk kopi di Melbourne, kopi long black ialah kopi O paling popular.

Kata beliau, "Kopi long black ialah semata-mata air panas dan dua shot espresso."

"Kopi short black pula sebenarnya sama seperti espresso bagi mereka yang mahu perisa kopi pekat yang diminum sekaligus."

Satu lagi jenis kopi yang pada suatu ketika dahulu paling popular dan kini kembali popular ialah kopi tapisan atau filtered coffee. Filtered coffee atau 'batch brew' ialah kopi drip fesyen lama yang kini diberi perisa kopi baru.

Kopi Susu

Kopi susu pula bermula dengan espresso yang dicampur susu berbuih menggunakan wap panas atau steam.

Suatu ketika dahulu, hanya susu lembu sahaja ditawarkan, namun kini, penggemar kopi boleh memilih pelbagai jenis susu, termasuk soya, susu oat dan badam.

Antara kopi susu paling popular ialah latte, sajian kopi dengan susu, seringkali di dalam gelas yang dipenuhi dengan susu berbuih bagi menghasilkan citarasa halus bak sutera.

Tambah Lily Fairhall, "Ramai juga yang gemari flat white yang sebenarnya serupa dengan latte.

Bagi mereka yang suka kopi manis, pesanlah kopi klasik cappuccino iaitu kopi susu yang ditabur serbuk koko.
Seni cappuccino
Seni cappuccino. Credit: pixelfit/Getty Images
Manakala piccolo latte pula ialah versi latte yang lebih pekat komposisi kopinya.

Piccolo latte mengandungi satu shot espresso dan sedikit susu untuk menghasilkan kopi yang lebih pekat.

Malahan, bandar Melbourne mempunyai kopi yang unik bagi kota ini bergelar, The Magic.

The Magic hampir serupa dengan piccolo latte, namun ianya lebih pekat dan kuat kesannya, khusus untuk golongan yang perlu secawan kopi sebelum memulakan hari mereka.
Dua barista menyediakan kopi untuk pelanggan
Warga Australia gila dengan kopi sehingga kota Melbourne sering dianggap ibu kota kopi dunia. (Getty) Credit: miniseries/Getty Images

Kopi Tanpa Kafeina

Kopi tanpa kafein atau nama pendeknya decaf ialah kopi yang tidak mengandungi kafeina.

Menurut Lily Fairhall, pada suatu ketika kopi decaf mempunyai imej yang buruk.
Saya hormati peminum kopi tanpa kafeina kerana mereka semata-mata meminum kopi untuk rasanya. Golongan ini tidak memerlukan kopi untuk memulakan hari mereka.
Lily Fairhall,Pengurus kedai khusus menjual kopi

Apakah yang dimaksudkan kopi dari satu ladang sahaja?

Sesetengah kafe menawarkan bijian kopi yang dihasilkan dari satu ladang tertentu sahaja atau hasil kopi campuran beberapa jenis bijian kopi.

Mengikut Santo Buccheri "Penggemar kopi suka menguji citarasa kopi dari satu blend sahaja demi mengalami nikmat yang unik"

Terlalu Banyak Pilihan?

Dengan kewujudan pelbagai pilihan kopi, barista sering menerima permintaan yang pelik.

Menurut Lily Fairhall, "Hampir kesemua kafe cuba memenuhi kehendak pelanggan, namun kadangkala permintaan itu keterlaluan"

"Saya pernah menerima permintaan mencampur susu badam dengan susu oat. Namun saya enggan membuatnya."

Akhir sekali, pastinya ramai dikalangan kita masih mengingati babyccino, sajian susu berbuih dalam gelas kecil yang ditabur serbuk koko.

Babyccino bertujuan disajikan kepada kanak-kanak kecil ketika ibu-bapa mereka sibuk bersembang.

Sesetengah orang percaya babyccino mengajar generasi kecil menjadi ketagih dengan kopi apabila dewasa.

Kita tunggu dan lihat.

Share