Penyataan Elemen Warisan Warga Asli Dalam Reka Bentuk Ruang Dan Bangunan Di Australia

Ground Plane

Pereka bentuk di Kolej Warga Pertama di Universiti Technology, Sydney, berhasrat mewujudkan ruang yang mempunyai kaitan dengan alam semula jadi. Credit: Greenaway Architects, Warren and Mahoney, OCULUS

Di setiap pelusuk benua Australia wujud suatu penyataan dalam ruang yang dibina yang mencerminkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini. Persoalan yang kini timbul, apakah jurubina, arkitek dan agensi kerajaan seharusnya berinteraksi dan mengadakan dialog dengan warga pertama negara ini di peringkat awal sesuatu pembangunan bagi memastikan penyataan dan pengekspresan warisan kaum orang asli wujud dalam reka bentuk ruang yang dibina?


Tajuk Utama
  • Satu kesilapan yang sering dibuat masyarakat umum ialah andaian bahawa budaya dan warisan kesemua suku kaum warga asli Australia adalah serupa. Andaian yang salah kerana ianya bebeza.
  • Kini wujud keinginan di kalangan jurubina untuk menjauhi dari amalan pembinaan tradisional selama ini yang gagal mengambil kira reka bentuk ruang yang mencerminkan warisan orang asli.
  • Pendekatan amalan terbaru ini membabitkan pembabitan warga pertama negara ini dari segi ilmu pengetahuan alam sekitar bumi yang menjadi warisan mereka.
Setiap ruang, sudut dan ceruk yang wujud secara semula jadi atau yang terbina di Australia mempunyai kaitan sejarah budaya, warisan dan bahasa sejak beribu tahun lalu.

Kini wujud penekanan serta pemahaman baru yang melihat reka bentuk ruang dan pembangunan baru menggabungkan sejarah dan warisan kaum orang asli negara ini.

Malahan, segala aspek penyataan warisan kaum orang asli sedunia sentiasa terjamin dan terpelihara selaras dengan .

Australia juga turut menghasilkan dalam setiap projek lkesenian yang membabitkan kaum orang asli.

justeru, apakah cara terbaik untuk mengutarakan penyataan budaya dan warisan kaum orang asli dalam setiap ruang dan pembangunan baru di bandar-bandar Australia?

SBS Bahasa Melayu menemubual beberapa pakar seni bina dari kaum orang asli dan masyarakat umum untuk mendapatkan pandangan dari sudut Aboriginal dan Barat,

Bunga tumbuhan liar di Taman Negara Karijini, WA.
Setiap lokasi di Australia mempunyai sejarah dan warisan kaum orang asli sejak beribu tahun lalu. Justeru, setiap seni reka bentuk yang dibina di tapak-tapak di benua ini seharusnya mencerminkan sejarah dan warisan ini. Umpamanya, tumbuhan bunga liar di Taman Negara Karijini di Western Australia. Source: Getty / TED MEAD
Profesor Brian Martin ialah dari suku kaum Bundjalung, Muruwari dan Kamilaroi di daerah New South Wales.

Beliau adalah salah seorang pengarang , yang merangka pendekatan amalan baik dalam setiap pembinaan reka bentuk komersial.

Menurut Profesor Martin, demi mencapai matlamat ini, setiap pembangunan perlu mengambil kira warisan komuniti asli dalam elemen reka bentuknya, tak kira sama ada pembinaan itu membabitkan perumahan awam, sebuah dataran atau lukisan mural.

Segala ilmu pengetahuan berpunca dari bumi yang didiami.
Profesor Brian Martin, pengarang Piagam Antarabangsa Reka Bentuk Warga Asli / International Indigenous Design Charter
Pandangan ini turut dikongsi bersama oleh Jefa Greenaway, seorang arkitek berbangsa asli di Victoria.

Greenaway yang bersasal dari New South Wales ialah dari keturunan Wailwan/Kamilaroi dan Dharawal.

Menurut Greenaway, memaklumkan kewujudan kepelbagaian budaya asli bukan hanya memastikan penyertaan dan penggabungan warisan komuniti orang asli di negara ini, malahan ianya juga memajukan keadilan dan ekuiti bagi masyakarat terbabit.

Potret Jefa Greenaway
Jefa Greenaway: “Di benua besar Australia ini wujud lebih 270 bahasa kaum asli dan hampir 600 loghat." Credit: Aaron Puls
Mengutarakan kepentingan unsur warisan bumi asli dalam setiap elemen reka bentuk bukan setakat mencerminkan sejarah dari sudut alam sekitar sahaja, malahan ianya juga menghubungi sesebuah pembangunan itu dengan talian perkauman dan warisan seni masyarakat asli di tapak pembangunan terbabit

Jika anda ingin melihat sendiri contoh seni reka bentuk yang menggabungkan unsur kesenian kaum orang asli, anda berpeluang menghayati elemen ini di dataran yang menghubungi kampus Universiti Melbourne di Swanston Street dengan pusat CBD Melbourne.

Reka bentuk dataran ini menggabungkan sebuah arena amfiteater dengan plaza laluan untuk mewujudkan ilusi sebuah sungai kecil di mana, 60,000 tahun lalu, spesies belut berenang merentasi bumi suku kaum Kulin menyeberangi ke bumi Birrarung di Sungai Yarra untuk membiak.

Jurureka bentuk dataran ini turut menggunakan tumbuhan dan bahan asli yang wujud di kawasan ini serta mencipta rangkaian sistem peraiaran, termasuk kolam-kolam kecil di sekitar kampus terbabit.

Tali air lama yang sudah kekeringan turut dihidupkan kembali melalui sistem perparitan bawah tanah bagi pengaliran air hujan yang kini diguna semula oleh spesies belut untuk berenang dari suatu lokasi ke lokasi yang lain.

Reka bentuk ruang ini mencerminkan warisan sejak 67,000 tahun lalu yang kini masih berterusan.
Jefa Greenaway, Firma Arkitek Greenaway
Tambah Greenaway, reka bentuk projek Universiti Melbourne ini menonjolkan ketahanan warisan kaum orang asli yang berterusan.
Uni Melb project
Menurut Jefa Greenaway, projek Universiti Melbourne ini mewujudkan kembali laluan spesies belut berhijrah dari kawasan perairan ke bumi yang mencerminkan ketahanan dan kekukuhan warisan kaum orang asli. Credit: Peter Bennetts
Sementara itu, Profesor Brian Martin menegaskan kepentingan jalinan hubungan yang berterusan dengan kaum orang asli bagi memastikan pemahaman dan hubungan mendalam di kalangan pereka bentuk dan jurubina dalam setiap pembangunan.

Katanya, protokol ini penting bagi mengelak situasi di mana elemen asli ini hanya setakat menjadi satu senarai yang boleh dipangkah satu demi satu dan dilupakan setelah siap sesuatu projek pembinaan.

Sebaliknya, pereka bentuk disaran terus mengukuh dan mengekalkan talian dan perhubungan dengan tapak pembinaan dan suku kaum asli yang menjadi pemilik asal tapak terbabit.

Dalam pada itu, Desiree Hernandez Ibinarriaga ialah seorang wanita Mexico berketurunan Maya, Aztek dan Basque.

Beliau juga seorang pensyarah di Jabatan Reka Bentuk, Universiti Monash.

Topik pengajian PhD beliau membabitkan kerjasama di antara kaum wanita asli Australia dan Mexico dengan pendidik dari masyarakat umum yang menghasilkan suatu projek metodologi reka bentuk yang mengutamakan ilmu pengetahuan kaum serta kepelbagaian biodiversiti kaum orang asli.

Reka bentuk penyelesaian masalah
Menurut Dr Ibinarriaga, "Penjalinan hubungan mendalam bukan setakat suatu keperluan, ianya juga turut menjadi penghasilan seni reka bentuk yang menggabungkan unsur pemahaman bumi yang didiami oleh kaum orang asli sejak turun temurun." Credit: Desiree Hernandez Ibinarriaga
Sebelum memulakan penyelidikan beliau dalam tabiat remaja kaum asli, Dr Ibinarriaga telah mengunjung dan menetap di asrama pelajar orang asli di Victoria selama beberapa bulan

Hasil pendekatan itu, beliau menjayakan bengkel biokultural bertujuan mengukuhkan identiti warisan di kalangan remaja kaum asli.

jnphoto.com.au-1793.jpg
Ukiran "Where Eels Lie Down" atau Di Mana Belut Baring oleh artis berbangsa Kamilaroi, Reko Rennie, yang wujud di Dataran Parramatta.
Olivia Hyde ialah pengarah kecermelangan seni reka Design Excellence di organisasi Government Architect di New South Wales.

Hyde bergabung dengan arkitek kanan, Dillon Kombumerri dari suku kaum Yugambeh di daerah Gold Coast di Queensland.

Mereka berdua menubuhkan rangkaian .

Peserta projek ini mengamalkan rangkaian seni bina yang mampu menghasilkan manfaat positif kepada masyarakat dan alam sekitar, termasuk mengurangkan impak penggunaan air dan sumber asli bumi terhadap alam sekitar.

Jelas Hyde, antara projek yang mengamalkan prinsip ini termasuk Dataran Parramatta.


Hiasan lampu berbentuk bunga Waratah
Bunga Waratah tumbuh di bahagian tenggara Australia dan sering wujud sebagai protagonis akibat warna kemerahannya dalam kisah dongeng asli atau Dreamtime. Hiasan lampu bunga Waratah ini dipaparkan ketika pesta cahaya Vivid Light Sydney pada tahun 2017. Credit: Manfred Gottschalk/Getty Images
Dalam pada itu, Prof Brian Martin menegaskan kini masih berterusan sikap tidak endah dan tokenistik di kalangan pereka bentuk dan jurubina.

"Saya pernah dihubungi oleh sebuah syarikat yang tidak sedari bahawa pembabitan warga asli itu adalah mandatori. Mereka cuba memohon bantuan saya hanya pada penghujung tempoh proses tender sebuah projek pembinaan."
Profesor Brian Martin, pengarang Piagam Reka Bentuk International Indigenous Design Charter
Menurut Olivia Hyde, pereka dan jurubina yang terbabit dalam pembinaan Dataran Parramatta memastikan sejarah dan warisan kaum asli yang menjadi pemilik asal tapak terbabit dipaparkan dalam elemen pembangunan tersebut.

Antaranya, seni lukisan orang asli, tapak perhimpunan Dharug serta laluan yang dihiasi reka bentuk memaparkan sejarah perhimpunan suku kaum kawasan itu sejak beribu tahun lalu.

Pendekatan amalan baik yang merangkumi elemen sejarah kaum orang asli negara ini amat penting supaya masyarakat umum turut memahami, menghayati dan mendalami warisan warga pertama Australia yang masih bertahan sejak 60-ribu tahun lalu.
Subscribe or follow the Australia Explained podcast for more valuable information and tips about settling into your new life in Australia.   

Do you have any questions or topic ideas? Send us an email to 

Share