Badan Pelancongan Tourism Australia kini melihat peningkatan minat di kalangan pelancong asing dan tempatan untuk menikmati percutian yang menawarkan pengalaman menghayati budaya kaum orang asli.
Peningkatan yang dialu-alukan oleh semua pihak yang menjemput pelawat dari dalam dan luar negara menghayati budaya kaum orang asli negara ini.
Demikian menurut Nicole Mitchell, pegawai eksekutif Discover Aboriginal Experiences, sebuah inisiatif Pelancongan Australia bertujuan mempromosi pelancongan budaya warga asli negara ini.
Menurut beliau, “Pada tahun 2023, seramai 969,000 pelawat antarabangsa menyertai pelancongan yang memaparkan budaya dan warisan kaum orang asli ketika melawat Australia.”
Namun pelawat tempatan tidak ketinggalan.
Tambah Mitchell, "Badan pelancongan Tourism Australia melihat peningkatan sebanyak 22 peratus di antara tahun 2019 ke 2023 di kalangan pelawat tempatan."
Pelawat mengunjungi seni lukisan batu Jarramali Rock Art Tour Credit: The Edit Suite/Tourism Australia
Memiliki dan menceritakan kisah warisan sendiri
Apakah wujud cara yang lebih baik untuk menikmati dan menghayati warisan warga asli negara ini selain dari sudut pandangan warga pertama Australia tersendiri?
Juan Walker dari suku kaum Kuku Yalanji mengendalikan syarikat pelancongan Walkabout Culture Adventures di bahagian utara Queensland.
jelas beliau, “Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam budaya dan warisan kaum orang asli, pastinya lebih bernas dan bijak untuk mendapatkan penjelasan dari warga orang asli itu sendiri kerana kami memahami bumi dan laut yang dilalui oleh pelawat di negara ini."
Tiada cara lebih terbaik untuk memahami budaya tertua di dunia selain daripada masyarakat yang menduduki benua ini sejak permulaan.Juan Walker, Walkabout Culture Adventures
Jika anda menempah perkhidmatan pelancongan Walkabout Cuture, Juan Walker akan memperkenalkan anda kepada sejarah dan rahsia hutan rimba Daintree berdekatan pusat peranginan Port Douglas yang wujud sejak 135-juta tahun lalu.
Sejarah dan rahsia yang diturunkan kepada beliau oleh nenek moyang suku kaum beliau, Kuku Yalanji.
Kini, sebilangan besar pelawat asing dan tempatan ingin mengetahui dengan lebih mendalam serta menikmati makanan kaum orang asli, digelar bush tucker, dengan citarasanya yang unik.
Badan pelancongan Tourism Australia mengenalpasti permintaan di kalangan pelawat untuk menghayati dan menikmati pengalaman pelancongan jati budaya kaum orang asli.
Memaparkan keindahan dan rahsia alam semula jadi Australia
Tak semua sesi pelancongan membabitkan berjalan kaki atau hiking.
Wujud juga pelancongan warga asli melalui boat, penerbangan dan kereta pacuan 4-roda.
Pelbagai jenis penginapan juga turut ditawarkan dari perkhemahan hinggalah ke hotel dan pusat peranginan yang serba mewah.
Taman negara Kakadu di wilayah Northern Territory terkenal dengan kekayaan alam semula jadi serta budaya dan sejarah hutan-rimba dan mempunyai bilangan seni lukisan batu paling tinggi di Australia.
Manakala, kawasan Kimberley Region di Western Australia pula turut terkenal dengan air terjun, kehidupan liar, tasik yang indah serta ukiran dan lukisan batu yang menarik.
Pelancongan yang dikendalikan warga pertama Australia memperkenalkan warisan, budaya dan sejarah tapak istimewa sebegini kepada pelawat dari dalam dan luar negara.
Mendalami pengalaman jati warisan kaum orang asli
Menurut Nicole Mitchell, "Seringkali pelawat begitu asyik menghayati pengalaman warisan dan budaya jati warga pertama negara ini."
Anda boleh menyertai kelas kesenian atau anda boleh menjelajah padang pasir Warami di utara Sydney dengan menaiki basikal, kesemuanya memberi anda peluang menghayati budaya kaum orang asli.Nicole Mitchell, Discover Aboriginal Experiences
Setiap aktiviti yang anda sertai dalam pelancongan warga pertama negara ini mampu memeransang dan mengekalkan budaya kaum orang asli negara ini.
Peluang menikmati padang-padang golf terkemuka di Australia dari sudut kaum orang asli.
Masyarakat tempatan menerima manfaat pelancongan
Nicole Mitchell dari pertubuhan Discover Aboriginal Experiences turut memperkenalkan Maruku Arts, sebuah koperasi terdiri daripada 900 orang artis kaum orang asli di bahagian Central Australia yang berpeluang menjual hasil kesenian mereka sambil menganjurkan bengkel kesenian serta pelancongan kebudayaan dan warisan.
Bagi Juan Walker dari suku kaum Kuku Yalanji pula, peranan beliau sebagai pemandu pelancong bukan setakat membantu pelawat asing memahami dan mengayati budaya warga asli, malahan tugasan beliau turut mendekatinya dengan sejarah dan budaya suku kaum beliau sendiri.
Kyle Ivey ialah seorang pendita berasal dari suku kaum Bundjalung yang juga menjadi seorang pemandu pelancong membawa pelawat mendaki jambatan Pelabuhan Sydney Harbour Bridge. Credit: davidf/Getty Images
Budaya warga asli di kawasan bandar
Jangan fikir warisan dan budaya kaum orang asli hanya wujud di kawasan pendalaman sahaja.
Ianya juga wujud di kawasan bandar.
Kyle Ivey ialah seorang pendita yang berasal dari suku kaum Bundjalung.
Beliau juga menjadi seorang pemandu pelancong membawa pelawat mendaki jambatan Pelabuhan Sydney yang menjadi sebahagian daripada aktiviti pelancongan yang ditawarkan
Ketika memandu pelawat mendaki Jambatan Pelabuhan Sydney, Kyle Ivey turut menceritakan kedatangan warga pertama ke Australia lebih 60-ribu tahun lalu.
Beliau menceritakan bagaimana nenek moyang beliau menetap di benua ini dan melihat perubahan yang berlaku setelah ketibaan pendatang dari Eropah.
Ivey bangga dengan warisan beliau dan gemar berkongsi sejarah ini bukan hanya untuk diri sendiri malahan untuk kesemua 500 lebih suku kaum orang asli yang wujud di Australia.
Jika anda melawat Melbourne anda berpeluang menyertai aktiviti pelancongan berpandu Birrarung Wilam Walk sepanjang tebing Sungai Yarra yang kaya dengan kesenian dan lukisan kaum orang asli.
Anda akan mendengar taklimat mengenai perubahan yang telah berlaku sejak kawasan ini mula-mulanya diterokai suku kaum Kulin.
Jika di pulau Tasmania pula, pastikan anda ikuti pelancongan kaum orang asli Nipaluna di Hobart.
Jejak yang mengambil masa selama 90 minit ini memberi peluang kepada pelawat mendengar kisah sejarah sedih penuh makna yang dialami suku kaum Palawa menetang penjajah kulit putih.
Petermann, Northern Territoty / Australia - December 8, 2019: A tour guide walked through the safety precautions of hiking into Kata Tjuta near a tent Credit: alanlim97/Getty Images
First Nations tourism driving reconciliation
Bagi Nicole Mitchell dari pertubuhan Discover Aboriginal Experiences, pelancongan warga pertama sebegini membuka ruang bagi kaum orang asli dengan pelawat tempatan dan asing untuk berkongsi pengalaman masing-masing.
Menurut beliau, "Ianya membuka ruang kepada pihak penjajah mencapai pendamaian dengan warga pertama negara ini. Pendamaian yang sekian lama harap dan dinanti-nantikan."
Sila langgani atau ikuti podcast Australia Explained untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat serta panduan berguna yang mampu membantu anda mulai kehidupan baru di Australia.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau anda ingin kongsi bersama idea anda, sila hantarkan email kepada