Malaysia Pertingkatkan Pengeksportan Buah-Buahan Tempatan Ke Australia

Zaini Ahmad and Kalaivani Gohbal tasting durian.jpg

Zaini Ahmad and Kalaivani Gohbal, Vice-Consul, Agriculture Counsellor Office of Malaysia, tasting durian.

Baru baru ini berlansung Pesta Makanan dan Buah-Buahan tempatan anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Pesta ini sempena sambutan Colours of Malaysia yang bakal berlansung pada 30hb November dan 1hb December, 2024, di Queen Victoria Market di bandar Melbourne. Zaini Ahmad dijemput menghadiri pesta makanan dan buah-buahan untuk menikmati pelbagai sajian yang dihidangkan, antaranya, satay dan raja segala buah-buahan, iaitu buah durian. Sambil menikmati sajian, Zaini sempat menemubual Konsul Muda Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia, Sydney, Cik Kalaivani Gohbal, dan Konsul Jeneral Malaysia, Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud. Ikuti perbualan mereka untuk mengetahui apakah lagi buah-buahan tempatan yang bakal dieksport oleh negara Malaysia ke Australia serta perkembangan terkini permohonan Malaysia untuk menyenaraikan Budaya Sarapan Malaysia dalam senarai warisan budaya UNESCO.


Pastikan anda tidak terlepas peluang menyertai pesta Colours of Malaysia.

Lokasi: Queen Victoria Market, Melbourne

Tarikh: Sabtu, 30hb November dan Ahad, 1hb December, 2024.

Waktu:10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kita jumpa di pesta Colours of Malaysia!


Share