Ulasan Drama TAKDIR Lakonan Pelajar Malaysia Terbitan Badan Perhubungan Melbourne
Barisan pelakon dan krew pementasan drama sci-fi Takdir
Baru-baru ini berlansung sebuah pementasan drama time-travel merentasi zaman silam dan zaman akan datang yang bertajuk TAKDIR. Pementasan ini hasil terbitan Badan Perhubungan Melbourne yang sebelum ini dikenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara, ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang kini mengikuti pengajian tinggi mereka di Melbourne. Drama Takdir mengisahkan harapan seorang suami dan bapa yang berikhtiar dan berjaya mencipta mesin merentasi zaman untuk menyelamatkan isteri beliau yang terbunuh dalam satu kecelekaan lebih dua dekad lalu. Namun pengembaraan beliau merentasi masa membawanya ke zaman silam, Hang Jebat dan Hang Tuah, juga ke abad-22. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pementasan Takdir yang berlansung di teater State Library of Victoria dan Zaini Ahmad berpeluang menonton terbitan amatur ini. Ikuti ulasan beliau.
Share