Ulung Kalinya, Kemerdekaan Malaysia Dianjurkan Oleh Tiga Warga Melayu Membuktikan Semangat Malaysia Boleh!

Zaini Ahmad menemubual dua peniaga Melayu di Pesta Piala Merdeka, 2024, di Tatterson Park, Keysborough

Buat kali pertamanya, tiga warga Melayu berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-67 yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.

Setiap tahun, Kemerdekaan Malaysia disambut secara rasmi di Australia oleh wakil kerajaan Malaysia di negara ini. Di Victoria, acara sambutan rasmi dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Walaupun warga Malaysia telah berhijrah ke negara ini sejak beberapa dekad lalu, di Melbourne, inilah ulung kalinya sambutan sebegini dijayakan oleh warga Melayu tersendiri. Tiga rakan karib, iaitu pasangan suami isteri, Mohamad Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, disertai, Zahari Afendi, tahun ini berjaya menganjurkan Pesta Piala Merdeka 2024. Zaini Ahmad berpeluang meninjau pesta meriah sepanjang hari ini yang berlansung di Tatterson Park, Keysborough.




Share