Persembahan teater, Princess of Champa.
Stephen Yin Anak Malaysia Tonjol Semangat Malaysia Madani
Stephen Yin, warga Malaysia berjiwa seni giat memupuk semangat kepelbagaian budaya kini menyertai persembahan teater, Princess of Champa.
Stephen Yin, seorang warga Malaysia yang kini menetap di Melbourne sememangnya giat memupuk semangat kepelbagaian budaya, bukan sahaja di Australia, malahan sewaktu beliau di tanahair lagi. Dilahirkan di Ipoh dan menetap di Kuala Lumpur, kerjaya Stephen dalam bidang perundangan dan korporat memberi peluang kepada beliau turut menetap di negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu. Pengalaman ini mengasah kefasihan Stephen bertutur dalam Bahasa Melayu. Kini, bakat seni beliau teruji setelah dijemput menyertai persembahan teater, Princess of Champa, yang bakal berlansung pada 20 Julai, 2024, di Melbourne. Ikuti wawancara Zaini Ahmad dengan Stephen Yin untuk mengetahui apakah yang mendorong insan berjiwa seni ini mempromosikan semangat Malaysia madani.
Share