Salam Fest Sempena Sambutan Syawal Di Queen Victoria Market

Zaini Ahmad bersama Fadia Aselman, vokalis jazz band dari Indonesia semasa Salam Fest di Queen Victoria Market.png

Zaini Ahmad bersama Fadia Aselman, vokalis jazz band dari Indonesia semasa Salam Fest di Queen Victoria Market.

Sempena penghujung bulan Syawal yang mulia tahun 1445 Hijriah ini, SBS Bahasa Melayu paparkan sambutan Salam Fest menyambut Eidul Fitri di pasar yang menarik pelawat dari seluruh dunia, the Queen Victoria Market. Ikuti tinjauan SBS Melayu beramah mesra dengan pengunjung menyambut Eidul Fitri di kota Melbourne yang berbilang kaum.


Australia sememangnya sebuah negara berbilang kaum yang melihat warganya hidup serba harmoni selaras dengan masyarakat majmuk.

Justeru, sempena sambutan Eidul Fitri tahun ini, sebuah pesta bergelar SalamFest dianjurkan di Queen Victoria Market.

SalamFest ialah pesta tahunan yang memaparkan budaya dan seni warisan Islam dari seluruh dunia.

Pesta kali ini ialah sambutan tahun ke-empat ianya diadakan bertujuan membanteras prejudis Islamofobia di kalangan sesetengah golongan masyarakat melalui sambutan seni dan makanan.

Setiap tahun, SalamFest memaparkan artis dunia Islam dan tahun ini, Zaini Ahmad dari SBS Bahasa Melayu sempat berbual dengan Fadia Anselma, penyanyi dari Indonesia yang kini menetap di Australia. Fadia ialah lead vokalis dengan kumpulan jazz, Bunglon.

SalamFest turut menyediakan pelbagai sajian halal dari seluruh dunia, termasuk hidangan dari Malaysia. Paling menarik, sajian burger unta yang disajikan pengusaha makanan dari Pakistan.

Bulan Syawal tahun ini mungkin sudah berakhir namun kesan SalamFest berpanjangan. Insya'Allah, SalamFest pasti kembali menyambut Syawal tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.




Share