Tajuk Utama
- Ramadan ialah bulan termulia bagi umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa dari waktu subuh ke senja.
- Eid ul-Fitri ialah sambutan menyambut 1 Syawal setelah sebulan berpuasa.
- Umat Islam di Australia mengamalkan tradisi sambutan Eidul Fitri tersendiri yang diamalkan di tanahair masing-masing.
Kini bulan Ramadan dan bagi umat Islam di Australia, bulan yang mulia ini adalah peluang untuk meningkatkan amal ibadah, khususnya amalan berpuasa. Bagi golongan bukan Islam yang bertutur dan memahami Bahasa Melayu, juga warga Melayu yang mungkin kurang arif dengan kepentingan bulan Ramadan, SBS Melayu memaparkan kepentingan bulan yang mulia ini bagi setiap umat islam di seluruh dunia.
Kalendar Hijri bagi umat Islam berdasarkan kitaran bulan. Credit: Pixabay
Jadi, apakah ertinya Ramadan?
Bulan Ramadan ialah bulan ke-sembilan kalendar bulan yang melihat muslimin dan muslimah menunaikan ibadah puasa yang bermula dari waktu subuh hingga ke waktu senja.
Jadi kenapa umat Islam berpuasa?
Zuleyha Keskin, ialah Pengarah Pusat Pengajian dan Tamadun Islam di Charles Sturt University.
Menurut beliau, sepanjang Ramadan umat Islam berpeluang memupuk disiplin serta menghayati pengorbanan dan kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik.
Ramadan dianggap oleh umat Islam sebagai bulan termulia yang menjadikannya bulan yang paling istimewa.Professor Zuleyha Keskin, Pengarah Pusat Pengajian dan Tamadun Islam, Charles Sturt University, Melbourne.
Justeru, tarikh penting seperti permulaan bulan Ramadan dan 1 Syawal berginjak setiap tahun kerana jangka setahun kalendar Islam adalah lebih pendek, di antara 10-hingga-12 hari, berbanding kalendar Gregory.
Ibadah puasa adalah salah satu daripada lima rukun Islam, selainnya mengucap dua kalimah syahadat, mengerjakan solat, membayar zakat dan menunaikan ibadah haji.
Menurut Professor Karima Laachir, Pengarah Pengajian Arab dan Islam di Australian National University, berpuasa sepanjang bulan Ramadan bukan hanya setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.
Menjamah buah kurma semasa berbuka puasa di bulan Ramadan Source: Getty / Getty Images Jasmin Merdan
Kenapa umat Islam perlu berpuasa?
Ibadah puasa adalah salah satu daripada lima rukun Islam, selainnya mengucap dua kalimah syahadat, mengerjakan solat, membayar zakat dan menunaikan ibadah haji.
Menurut Professor Karima Laachir, Pengarah Pengajian Arab dan Islam di Australian National University, berpuasa sepanjang bulan Ramadan bukan hanya setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.
Sepanjang bulan Ramadanumat islam dilarang dari menghisap rokok, melakukan hubungan seks, mengawal perasan marah dan mengelak dari pertengkaran.
Umat Islam juga dilarang terjebak dalam segala kegiatan yang tidak bermoral.
Namun, menurut Professor Laachir, bulan Ramadan bukanlah hanya membabitkan larangan sahaja.
Katanya, "Muslimin dan muslimah juga digalak mempertingkatkan amalan ibadah mereka seperti mengerjakan solat tarawih, solat sunat, membaca dan mentafsir ayat suci Kitab Al Quran."
"Serta mengerjakan amal jariah dan kebajikan."
Bulan Ramadan memberi peluang kepada umat Islam memupuk sifat-sifat murni dan suci serta menghayati pahit maung yang dialami golongan yang malang.Professor Karima Laachir, Pusat Pengajian Arab dan Islam, ANU
Selain amalan untuk mempertingkatkan keimanan, bulan Ramadan juga mendatangkan manfaat kepada diri.
“Ibadah puasa sebenarnya menyihatkan kita kerana ia mengawal metabolisma serta mencuci dan menghapuskan segala bahan toksik yang terkumpul di dalam badan akibat tabiat pemakanan yang kurang sihat sepanjang tahun", tambah Professor Laachir.
Menikmati sajian Iftar bersama keluarga Source: iStockphoto / PeopleImages/Getty Images/iStockphoto
Apakah Eidul Fitri?
Selepas sebulan puasa umat Islam di seluruh dunia menyambut Eidul Fitri.
Dalam bahasa Arab, Eid membawa makna pesta atau sambutan.
Dan dalam kalendar islam, muslimin dan muslimah menyambut dua sambutan, iaitu, Eidul Fitri dan Eidul Adha.
Menurut Dr Zuleyha Keskin, Eidul Fitri turut dikenali sebagai Eid kecil bagi menyambut pencapaian umat Islam yang telah berpuasa selama sebulan.
“Eidul-Fitr memberi peluang kepada umat Islam menyambut pencapaian mereka menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.”- Dr Zuleyha Keskin, Pusat Pengajian Tamadun Islam, Charles Sturt University.
Sebelum syawal menjelang, umat Islam yang berkeupayaan diwajbkan membayar zakat fitrah.
Dr Keskin berkata zakat fitrah atau zakat al-fitri ini akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut Eidul Fitri.
Pagi Syawal pertama melihat muslimin dan muslimah perpusu-pusu menuju ke masjid dan pusat-pusat komuniti, malahan di Melbourne sejak beberapa tahun lalu, ke taman bunga awam untuk mengerjakan solat Eidul Fitri.
Setelah sebulan berpuasa syawal memberi peluang kepada umat Islam untuk bermaaf-maafan.
Tambah Professor Laachir dari Pusat pengajian Arab dan Islam di Australian National University, Eidul Fitri dan Eidul Adha adalah sambutan persamaan dan pemaafan.
Ia memberi peluang kepada umat Islam untuk memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang mungkin tidak sengaja dilakukan terhadap orang lain.
Membeli baju baru, mengemas dan menghias rumah serta menyediakan sajian istimewa adalah tradisi setiap sambutan Eidul Fitri dan Eidul Adha.
Namun menurut Professor Laachir, sambutan ini berbeza di kalangan komuniti islam di Australia.
Sementara itu, Eidul Adha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau dalam bahasa Arab, Eid Besar, disambut selepas ibadah Haji.
Eidul Adha menyambut pengorbanan Nabi Ibrahim yang rela menunaikan kehendak ALLAH SWT mengorbankan anak beliau, Ismail.
Umat negara Islam diberi cuti panjang untuk menyambut Eidul Fitri. Source: iStockphoto / Drazen Zigic/Getty Images/iStockphoto
Bagaimana umat Islam di Australia menyambut Eidul Fitri?
Ali Awan ialah seorang warga Australia berkuturunan Pakistan dan musim perayaan Eidul Fitri adalah waktu paling sibuk bagi beliau.
Ali menganjurkan pesta Eidul Fitri terbesar di Australia dan menurut beliau perayaan ini disambut secara berbeza di kalangan komuniti umat Islam di negara ini bergantung dari negara asal mereka.
Perbezaan inilah yang membuat sambutan Eidul Fitri dan Eidul Adha unik di Australia .
Jelas Professor Laachir kepelbagaian masyarakat yang wujud di Australia bermakna sambutan Syawal dan Eidul Adha berbeza berbanding negara-negara Islam yang lain.
Umat Islam menunaikan solat Eidul Fitri di Masjid Lakemba di Sydney, Rabu, 5 Jun, 2019. (AAP Image/Dean Lewins) NO ARCHIVING - Source: AAP / DEAN LEWINS/AAPIMAGE
Umat Islam sedunia mengambil peluang untuk memberi kesyukuran dan memohon agar segala amal ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati ALLAH SWT.
Muslimin dan muslimah turut mengambil kesempatan memohon ampun maaf dari kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat andai.
SBS Melayu turut mengucapakan Salam Eidul Fitri kepada semua.