Hari Anzac Dan Hakikatnya Bagi Dua Warga Melayu Di Australia

perwira_anzacs_mendarat_di_gallipoli.jpg

Perajurit ANZAC mendarat di Gallipoli pada Perang Dunia Pertama

Setiap tahun pada tanggal 25 April, warga Australia memperingati pengorbanan perwira Australia dan New Zealand dalam Perang Dunia Pertama, khususnya mereka yang bertempur dan terkorban di medan peperangan Gallipoli di selatan negara Turki. Hari peringatan ini digelar Hari Anzac. SBS Bahasa Melayu berbual dengan dua warga Melayu untuk mendapatkan pandangan mereka tentang hakikat hari perwira ini.


Pada mulanya, Hari Anzac hanya disertai perajurit yang menyahut seruan kerajaan Great Britain kepada warganya di Australia dan New Zealand untuk pergi berjuang di Eropah semasa Perang Dunia Pertama demi mempertahankan bangsa dan negara.

Mereka yang menyahut seruan itu terdiri dari anggota pasukan tentera the Australian and New Zealand Army Corps, justeru singktannya, ANZAC.

Perwira gagah berani ini bertempur di medan peperangan Gallipoli di selatan negara Turki.

Namun lebih se-abad sejak peristiwa Gallipoli, Hari Anzac kini turut disambut oleh semua anggota tentera Australia yang berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam dan segala sengketa lain membabitkan pasukan tentera antarabagsa yang tercetus di seluruh dunia sejak Perang Dunia Pertama.

Setiap tahun, mereka disertai kaum keluarga yang mewakili perwira Gallipoli yang terkorban di medan peperangan.

Malahan, pada tahun 2006, persatuan bekas perajurit atau Returned Services League, RSL cawangan Victoria, bersetuju untuk membenarkan kaum keluarga anggota perwira negara Turki, yang menentang tentera Australia ketika pertempuran Gallipoli, menyertai perarakan Hari Anzac.

Penyertaan kaum keluarga perwira negara Turki kini masih berterusan.

Namun, bagaimana pula dengan golongan migran di negara ini? Apakah pandangan mereka tentang sambutan Hari Anzac?

Untuk mendapatkan pandangan dari sudut golongan migran, SBS Bahasa Melayu berbual dengan dua warga Melayu yang kini menetap di Melbourne.

Puan Tini Tipene ialah seorang warga emas yang berhijrah ke Australia lebih 30 tahun lalu, manakala Yasmin Leila ialah warga Melayu yang dilahirkan di negara ini.

Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan dua warga Melayu ini untuk mengetahui apakah ertinya Hari Anzac kepada mereka.

Share