Sejak berada di Australia, Pak Teh dan Sheila sentiasa bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan ALLAH SWT kepada mereka.
Restoran yang dibuka oleh pasangan suami isteri ini di subbandar Noble Park, Victoria, paling popular di kalangan warga Malaysia dan masyarakat tempatan.
Malahan, rezeki Pak Teh dan Sheila kian bertambah sehingga mampu membuka sebuah salon rambut dan kecantikan berdekatan restoran mereka.
Demi kesyukuran terhadap rezeki yang dikurniakan, Pak Teh dan Sheila giat dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk menyumbang tenaga dan makanan menyediakan 50 pek makanan setiap minggu untuk diagihkan di kalangan golongan yang memerlukan.
Program "Feed the Homeless" anjuran Majlis Perbandaran Dandenong, melihat pembabitan pasangan dari Malaysia ini bersama sukarelawan lain menyumbang tenaga untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Program amal ini turut melihat pembabitan beberapa restoran tempatan lain menyediakan pek makanan percuma kepada golongan yang menghadapi tekanan hidup serta mereka yang tiada tempat berteduh.
Untuk mengikuti perbualan sepenuhnya, ikuti episod podcast ini.
Dan bagi anda yang perlukan bantuan, sila hubungi majlis tempatan anda atau layari laman web Community Food Guide di