Tajuk Utama
- Peperangan Australia hanya dimaklumkan selepas pengisytiharaan ‘Terra Nullius’ dicabar di Mahkamah Tinggi Australia dan hakikat penggunaan istilah itu dianggap tidak sah dalam konteks negara ini.
- Peperangan Australia tercetus di seluruh benua ini sejak ketibaan armada pertama British pada 1788 sehinggalah pertengahan 1930an.
- Rekod rasmi pemerintah kolonial British serta bukti arkeologi yang ditemui oleh pakar kaji purba menunjuk keganasan kejam yang dilakukan terhadap kaum orang asli oleh penjajah.
AMARAN ISI KANDUNGAN: Artikel dan podcast ini mengandungi rujukan terhadap keganasan yang mungkin mengganggu dan menyinggung perasaan.
Sebaik mendarat di tebing pantai negara yang kini digelar Australia, beliau mengisytiharkan benua besar ini sebagai 'Terra Nullius', yang bererti 'nobody’s land' atau tanah yang tidak didiami sesiapa.
Namun hakikat sebenarnya, benua yang besar dan indah ini telah pun didiami beratus ribu warga pertama terdiri dari ratusan kaum dan puak Aboriginal dan Orang Kepulauan Selat Torres.
Warga pertama ini lantas diisytihar oleh penjajah sebagai warga di bawah pemerintahan kerajaan British.
Pengisytiharaan inilah yang mencetus peperangan sempadan membabitkan keganasan kejam antara kaum orang asli dan penjajah British yang menjadi asas negara Australia.
Kini, sejarah kejam ini hanya baru saja mula dimaklumkan secara terbuka.
Beliau juga mempunyai keturunan bangsa Eropah.
Pada tahun 2022, Perkins menerbitkan sebuah dokumentari yang memaparkan perjuangan warga asli mempertahankan tanah milik mereka dari dirampas oleh penjajah dan peneroka British.
Inilah peperangan yang tercetus di bumi Australia dan sengketa inilah yang membentuk negara moden yang kini dinikmati semua.Rachel Perkins, Penerbit Filem
Walaupun tercetus di seluruh benua ini, bermula dengan ketibaan James Cook dengan armada pertama British pada tahun 1788 sehinggalah pertengahan dekad 1930an, konflik ini tidak lansung diajar di sekolah atau dimaklumkan secara rasmi sebagai peperangan hingga lewat abad ke-20.
ialah seorang ahli sejarah terkemuka di Australia yang juga seorang pakar peperangan.
Menurut Reynolds, apabila beliau mula mengajar sejarah pada tahun 1966, kaum Aboriginal tidak lansung disebut dalam buku sejarah.
Sila tonton treler The Australian Wars:
Menurut Professor Reynolds, konflik di antara warga pertama Australia dengan penjajah British tidak dianggap peperangan kerana ianya peperangan yang membabitkan serangan gerila.
“Sengketa ini dianggap terlalu kecil dan tercetus di beberapa lokasi berasingan di seluruh benua Australia. justeru, ianya tidak dianggap sebagai suatu peperangan. Mungkin pertempuran besar-besaran sepertimana yang biasa kita lihat tidak berlaku namun ianya tetap peperangan."
Pandangan bahawa sengketa di antara kaum orang asli melawan penjajah ialah sebuah peperangan turut dikongsi oleh sejarawan .
“Ketika itu pihak penjajah akui bahawa serangan yang dilakukan oleh warga pertama adalah peperangan namun segala rujukan dalam dokumen rasmi kini hilang. Politik turut memain peranan penting dalam penafian sengketa yang berlaku sebagai sebuah peperangan", jelas Dr Clements.
Rachel Perkins berpendapat kerajaan British tidak memaklumkan konflik dengan kaum orang asli sebagai peperangan kerana penjajah, tanpa persetujuan penduduk asal benua ini, lantas mengisytiharkan kaum orang asli sebagai rakyat British.
Justeru, menurut Perkins, kerajaan British tidak seterusnya mampu mengisytihar peperangan ke atas rakyatnya sendiri.
Peperangan sempadan tercetus di seluruh benua Australia. Source: Supplied / Australian War Memorial Source: Supplied
Mabo Dan Pengguguran Pengisytiharaan 'Terra Nullius'
Peperangan Australia hanya mula dimaklumkan setelah kesahihan istilah 'Terra Nullius' dicabar di Mahkamah Tinggi pada awal dekad 1990-an oleh Eddie Koiki Mabo serta empat warga puak Meriam, pemilik asal kepulauan Murray.
Kes yang kini terkenal sebagai Keputusan Mabo berjaya mengubah istilah asal 'Terra Nullius' yang diisytiharkan oleh Kapten James Cook sebagai tidak sah lagi dipergunakan.
Yakni, benua yang kini dikenali sebagai Australia bukannya kosong dan tidak didiami sesiapa sehingga ketibaan pendatang British.
Menurut Professor Reynolds, keputusan Mahkamah Tinggi Australia yang memihak kepada Eddie Mabo dan rakan seperjuangan beliau turut mengubah konsep peperangan yang tercetus di antara warga pertama negara ini menetang penjajah British.
Dalam pada itu, sejarawan Dr Nicholas Clements mendakwa kegagalan penjajah British memaklum bahawa warga pertama negara ini adalah pemilik asal bumi yang didiami sejak turun temurun lagi melambangkan suatu kejanggalan dalam sejarah Australia.
“Pucuk pangkalnya, penjajahan benua Australia oleh penjajah British dibuat secara haram dari permulaannya. Di negara lain, penjajah British memaklumkan kedaulatan warga asal tempatan. Namum, mereka tidak melakukan sedemikian dengan warga pertama benua ini. Sebab itulah tiada sebarang perjanjian wujud di antara warga pertama dengan penjajah British. Dan ketidakwujudan perjanjian inilah yang menjadi punca pertikaian hak pemilik asal oleh warga asal negara ini", jelas Dr Clements.
Dan kegagalan mengiktiraf kedaulatan warga asli menyebabkan sengketa yang membabit keganasan yang kejam terhadap pemilik asal.
Rekod sejarah kolonial menunjuk keganasan kejam ini. di Canberra mempunyai lebih 400 jasad kaum orang asli sebagai bukti kekejaman yang dilakukan terhadap mereka, termasuk hukuman mati, dipancung kepala serta kekejaman lain.
Rachel Perkins yakin kekejaman ini tidak akan dilupakan oleh keturunan mangsa terbabit.
Sebilangan besar kaum orang asli Australia menyimpan sejarah keganasan terhadap nenek moyang mereka disanubari dan kisah ini disampaikan kepada generasi seterusnya. Saya sendiri ketahui akan keganasan dan perkosaan seksual yang dilakukan terhadap nenek moyang saya.Rachel Perkins, Penerbit Filem
Rachel Perkins - The Australian Wars Credit: Dylan River/Blackfella Films
Perang Hitam atau The Black War
Dalam pada itu, antara pertempuran paling sengit tercetus di pulau Tasmania yang dikenali sebagai .
Menurut Dr Nicholas Clements, Perang Hitam ini tercetus pada tahun 1824 dan berlanjutan selama tujuh tahun sehingga 1831.
Dokumentari The Australian Wars menunjuk bahawa Perang Hitam atau The Black Wars melihat lebih ramai warga Tasmania terbunuh berbanding kesemua warga Tasmania yang terbunuh dalam sengketa di Malaysia, Indonesia, Korea, Vietnam serta misi keamanan pasukan tentera Australia ke kawasan konflik di seluruh dunia.
Tambah Dr Nicholas Clements … pihak berkuasa serta peneroka British sememangnya teramat takut dengan perwira Aboriginal.
“Hampir setiap orang mengenali peneroka British yang terbunuh atau tercedera dalam peperangan Australia. Ladang penjajah musnah dibakar oleh perwira asli', tambah Dr Clements.
Malahan, ramai yang ingin meninggalkan benua Australia untuk pulang ke tanahair.Dr Nicholas Clements, Pakar Sejarah Australia.
Namun, peneroka bangsa Eropah dengan bantuan tentera dan senjata penjajah akhirnya hampir menghapuskan kaum orang asli Tasmania.
Sebilangan besar keganasan yang dilakukan oleh kaum penjajah terhadap orang asli berbentuk keganasan seksual.
Malahan, keganasan sistemik yang membabitkan penculikan dan perkosaan kaum wanita asli begitu berleluasa sehinggakan ahli sejarah berpendapat kewujudan sesetengah suku kaum asli di Tasmania hanya berkekalan akibat keganasan seksual terhadap kaum wanita puak terbabit.
Eddie Mabo dengan pasukan peguam beliau. Source: SBS Credit: National Museum of Australia
Bak Buku Dengan Ruas
Untuk menghapuskan tentangan yang dihadapi dari kaum orang asli, penjajah kolonial menubuhkan pasukan polis orang asli atau native police.
Menurut Professor Reynolds, pasukan polis kaum orang asli dilatih sebagai pasukan separa tentera untuk memusnahkan tentangan wira orang asli.
Pasukan separa tentera orang asli ini dibekalkan dengan senjata, pakaian seragam dan seekor kuda setiap orang untuk ditunggang.
Dr Clements percaya pasukan polis kaum orang asli dimanipulasi oleh pegawai kulit putih yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam dan selok belok hutan belukar tanah yang dijajahi.
“Di Queensland sahaja, berpuluh ribu wira kaum asli terkorban di tangan pasukan polis orang asli. Malahan, ada yang menganggar bilangan terkorban setinggi 80,000. Bagi diri saya, jumlah tinggi ini menimbul persoalan moral tingkah-laku penjajah", kata Dr Clements.
Sebuah turisan abad ke-19 yang menunjuk kem orang asli Australia - Marmocchi Source: Getty Source: Getty
Dr Niclolas Clements pula menyaran semua warga Australia, khususnya mereka yang mempunyai nenek moyang berketurunan penjajah, supaya cuba menangani perasaan malu dan keji demi mengutarakan kisah kekejaman sejarah Australia yang sebenarnya.
Antara tentangan paling hebat tercetus di Tasmania. Namun, hampir keseluruh bilangan penduduk di pulau selatan itu dihapuskan oleh tentera penjajah ketika Peperangan Hitam atau The Black War. Source: The Conversation / Robert Dowling/National Gallery of Victoria via The Conversation Source: The Conversation / Robert Dowling/National Gallery of Victoria via The Conversation
Kenapa Sejarah Peperangan Australia Gagal DiMaklum Dan DiPeringati Secara Rasmi?
Professor Reynolds mempersoalkan moral Australia, sebuah bangsa yang memperingati perwiranya yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua serta sengketa lain di seluruh dunia, namun masih gagal memaklumkan kekejaman yang berlaku dalam peperangan sempadan atau frontier wars di antara kaum orang asli melawan penjajah.
“Di Amerika Syarikat, mereka kini memaklumkan peperangan penjajah kulit putih dengan kaum asli atau native American. Juga di New Zealand, di mana perjuangan kaum Maori adalah sebahagian penting sejarah negara tersebut."
Jelas Rachel Perkins, jawapannya mudah, "Australia adalah salah sebuah negara di mana penjajahnya terus menetap di benua yang dirampas dari warga asal melalui kekerasan."
Penjajah dan peneroka asal terus menetap di benua yang dirampas. Justeru, agak sukar bagi mereka untuk memaklum atau memperingati perjuangan warga asal menetang penjajahan oleh nenek moyang mereka.Rachel Perkins, Penerbit Filem
Dr Clements mahu cogankata ‘Lest we forget’, yang sering digunakan ketika memperingati perajurit yang terkorban dalam Peperangan Dunia Pertama dan Kedua turut dihulurkan kepada wira kaum asli yang memperjuangkan hak milik mereka terhadap benua yang didiami sejak terun temurun lagi.
“Saya pasti lebih berbangga sekiranya negara ini mengakui kesilapan zaman silam serta menunjuk komitmen untuk memperbetulkannya demi masa depan. Saya amat berharap negara ini akan memaklumkan dengan rasmi pengorbanan wira orang asli mempertahankan bumi yang didiami".
boleh diikuti melalui penstriman di SBS On Demand dalam lima bahasa: Bahasa Arab, Bahasa Mudah dan Tradisional Cina, Bahasa Vietnam serta Korea. Siri ini juga disediakan dengan penjelasan audio dan sarikata bagi mereka kurang daya penglihatan dan pendengaran.
This content was first published in September 2022.