Tajuk Utama
- Memandu dengan agresif dan keganasan di jalanraya boleh tercetus akibat masalah peribadi serta faktor luaran yang lain.
- Elak dari bertindak-balas sekiranya anda menjadi mangsa sikap agresif pemandu lain.
- Cuba sedaya upaya beralah serta memahami kesilapan yang mungkin tidak sengaja dilakukan oleh pemandu lain.
Memiliki lesen memandu bukan setakat membolehkan anda memandu kenderaan.
Ianya juga memerlukan anda bersikap sopan serta mengikuti tata-tertib ketika memandu.
Namun, tingkah-laku pemandu ketika berperasaan marah, geram atau kecewa mampu membahayakan pengguna jalanraya yang lain.
Statistik rasmi keganasan di jalanraya tidak wujud namun suatu yang dibuat pada tahun ini, 2024, menunjuk tiga dari empat warga Australia, iaitu 75% pemandu di negara ini pernah mengalami keganasan ketika memandu.
Seorang pemandu wanita kurang sabar menuding jari kepada pemandu lain ketika memandu dalam kesesakan jalanraya. Credit: freemixer/Getty Images
Beliau mengenal pasti beberapa faktor yang boleh mencetuskan sikap agresif ketika memandu.
Kata beliau, "Perasaan marah, keletihan, tekanan dan kekurangan daya penumpuan mampu menjejas keselamatan anda ketika memandu di jalanraya."
Sikap agresif di jalanraya ini berpunca dari perasaan marah atau kecewa yang kian lama terpendam.
"Kadangkala, pemandu yang agresif mempunyai kepercayaan dan prejudis berdasarkan jantina, umur atau kaum. Pemandu terbabit merasai seolah-olah pemandu lain sengaja ingin menyusahkan beliau", jelas profesor Kirby.
Fakotr luaran juga mampu menyebabkan sikap agresif ini.
Umpamanya, kelewatan dan kesengkatan masa menuju ke sesuatu destinasi mudah mencetuskan kemarahan sekiranya pemandu terbabit kurang sabar dan tidak dapat mengawal perasaan.
Lazimnya, pemandu yang agresif berpendapat bahawa beliau lebih cekap memandu berbanding pemandu lain.
Seorang pemandu lelaki menyerang pemandu lain. Credit: DjelicS/Getty Images
Sikap ganas ketika memandu termasuk menekan brek secara mengejut atau sengaja memandu perlahan-lahan semata-mata untuk menyakiti hati atau menyekat pemandu di belakang.
Juga, sekiranya anda memandu terlalu laju, menyalakan headlights untuk memberi isyarat supaya pemandu di hadapan ketepi serta mengekori sesebuah kenderaan.
James Williams ialah Ketua Polisi di Kelab Automobil Di Raja atau the Royal Automobile Club of Victoria, RACV.
Menurut Williams, "Di Victoria sahaja, setiap tahun 2,000 saman dikeluarkan oleh pihak polis kepada pemandu yang didapati bersalah mengekori atau tailgating kenderaan lain."
“Undang-undang tidak menentukan jarak di antara dua kenderaan yang boleh dianggap sebagai tailgating."
Jelas Williams, "Apa yang diambil kira oleh pihak berkuasa ialah jika anda berada terlalu dekat dengan kereta hadapan buat beberapa ketika sehingga menyebabkan pemandu terbabit merasai seolah-olah beliau diekori."
Sikap agresif ketika memandu secara tersendirinya bukanlah suatu kesalahan, namun tidakan akibat sikap agresif tersebut yang membahayakan pemandu lain mungkin dikenakan hukuman. Credit: John W. Banagan/Getty Images
Jika anda menjadi mangsa keganasan pemandu lain tenangkan diri anda terlebih dahulu kemudian cuba sedaya upaya untuk menjauhi diri anda dari keadaan yang tegang.
Umpamanya, jika pemandu di belakang bersikap agresif dan tidak sabar untuk memotong kenderaan anda, biarkan pemandu agresif terbabit memotong kemudian berhenti di tepi jalanraya jika selamat berbuat demikian
Saranan James Williams dari RACV, "Jika anda merasai terancam atau tidak sealamat, hubungi pihak polis secepat mungkin dan tunggu di tempat yang selamat."
Keganasan Di Jalanraya dan Kesannya terhadap Insuran Kenderaan Anda
Menurut Tim Bennet, seorang pakar insuran dengan Syarikat Finder, insuran kenderaan menanggung kos kerosakan akibat keganasan di jalanraya.
Lazimnya, kos itu ditanggung oleh pemandu yang didapati bersalah menyebabkan kerosakan terbabit.
Bennet menyarakan supaya kedua-dua pihak terbabit menukar maklumat termasuk insuran.
"Namun, seringkali dalam pergaduhan menghalang mangsa memohon maklumat peribadi pemandu yang agresif. Sekurang-kurangnya, cuba ambil nombor pendaftaran kereta pemandu agresif terbabit.", tambah Bennet.
Pemandu basikal dan pejalan kaki seringkali turut menjadi mangsa pemandu agresif. Credit: olaser/Getty Images
Namun jelas Tim Bennet, malangnya pemandu yang menjadi mangsa keganasan terbabit juga akan melihat kos premium insuran mereka dinaikkan.
Bagaimana Pula Dengan Penumpang Kenderaan Pemandu Agresif?
Pastinya penumpang kenderaan yang dipandu oleh pemandu yang bersikap agresif berasa takut akan keselamatan diri sekira berlakunya kemalangan akibat keganasan yang tercetus.
Profesor Kirby menyarankan supaya penumpang yang mendapati diri mereka dalam situasi sebegini supaya tidak menyuruh pemandu bertenang atau "to stay calm" kerana ini mampu menaikkan lagi berang pemandu terbabit.
Sebaliknya, beliau menyarankan penggunaan kata-kata nasihat yang mencadangkan penumpang terbabit memahami apa yang dirasai oleh pemndu agresif ketika itu.
"Umpamanya, tunjuk keprihatinan anda dengan kata-kata seperti “Susah juga, ya”, kemudian cadang dengan lembut untuk membuka radio atau berhenti di tepi jalan buat seketika untuk meredakan situasi yang tegang.", tambah Profesor Kirby.
Sebagai penumpang, anda boleh menggunakan beberapa strategi untuk meredakan situasi yang tegang, namun keberkesanan langkah ini bergantung kepada jenis perhubungan anda dengan pemandu. Credit: PixelsEffect/Getty Images
Menurut Profesor Kirby, bagi memastikan keselamatan di jalanraya, pemandu perlu sabar, bertimbang rasa dan mempunyai penumpuan sepenuhnya ketika memandu.
Pucuk pangkalnya, setiap pemandu perlu bertolak ansur dan mematuhi tata-tertib ketika memandu demi keselamatan semua pengguna jalanraya
Seseorang yang didapati sering memandu dengan sikap agresif dan sering terbabit dalam keganasan di jalanraya boleh mendapatkan bantuan menangani panas baran mereka. Source: Moment RF / Fiordaliso/Getty Images
Anda juga boleh membuat aduan terhadap pemandu agresif dan bersikap ganas di jalanraya melalui Crimestoppers di talian 1800 333 000.