Sam Lim, atau nama penuh beliau, Bon Cheng Lim, ialah seorang ahli politik Australia yang berasal dari Muar, Johor. Beliau dilantik ke Dewan Rakyat Australia ekoran kemenangan Parti Buruh Australia di bawah kepimpinan Anthony Albanese dalam pilihanraya umum 2022.
Sam mewakili Daerah Tangney di Western Australia. Beliau dilahirkan pada tahun 1961 dan pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota Polis Di Raja Malaysia sebelum menukar kerjaya menjadi seorang pelatih ikan lumba-lumba, seterusnya menjadi usahawan perniaga kecil di Malaysia dan di Australia.
Beliau berpindah ke Western Australia bersama isteri dan tiga orang anak, di mana pada tahun 2006, Sam Lim sekali lagi menjadi seorang anggota polis, kali ini berkhidmat dengan akademi polis Western Australia di bandar Perth dan sekitar Western Australia.
Sam sememangnya bangga dengan warisan Cina dan Melayu beliau dan menganggap sambutan Tahun Baru Cina di negara ini sebagai lambang keharmonian masyarakat berbilang kaum dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, yang kini menetap di Australia.