Tajuk Utama
- Penghidratan melalui minuman air dan elektrolit amat penting ketika hari panas.
- Guna sunskrin SPF50 ke atas ketika berada di luar.
- Pastikan anda ketahui indeks UV sebelum keluar dari rumah.
Apabila cuaca terlalu panas, badan kita tidak upaya menyesuaikan sistem metabolik untuk menyejukkan diri kita.
Angelica Scott, seorang doctor di Sydney menerangkan, "suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan strok baha atau heatstroke."
Gerak balas fisiologi badan dalam cuaca panas
Apabila cuaca panas, tubuh kita secara semualjadi mula berpeluh. Ini adalah proses semulajadi yang mampu memastikan suhu badan kita tidak terlalu panas.
Dalam cuaca panas, kelenjar peluh mengeluarkan air atau peluh. Haba menyejatkan peluh ini, sekaligus menyejukkan tubuh kita.Dr Angelica Scott
Selain berpeluh, urat saraf kita membesar bagi membolehkan haba meresap melalui kulit kita.
"Sebab itulah muka kita merah apabila cuaca terlalu terik", jelas Dr Scott.
Tubuh kita juga cuba melesapkan haba dari dalam badan ke penghujung jejari. Justeru, tapak tangan dan kaki kita lebih berpeluh berbanding bahagian lain tubuh kita apabila cuaca terlalu panas.
Suhu yang tinggi boleh menyebabkan kesesakan nafas kerana udara panas lebih 'berat' berbanding udara pada suhu 'biasa'.
Cuaca yang terlalu ekstrim juga mungkin menyebabkan strok haba. Strok haba berlaku jika badan kita kehilangan terlalu banyak air dan garam, lazimnya jika kita keterlaluan berpeluh.
Tambah Dr Scott, "Strok haba dianggap serius oleh pakar perubatan akibat kegagalan tubuh kita mengawal suhu dalaman."
Suhu badan yang terlalu tinggi dianggap suatu kecemasan. Simptom strok haba termasuk keterlaluan berpeluh, kelemahan tubuh badan, keloyaan dan kepeningan, kelemahan degupan jantung, kekeliruan dan kekeringan kulit.Dr Angelica Scott
Sementara itu, Professor Anne Cust, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kanser Kebangsaan, menekankan kepentingan penggunaan sunskrin bagi melindungi dari pancaran matahari yang terik di Australia.
Tegas beliau, pendedahan berpanjangan terhadap sinaran UV yang tinggi adalah punca utama penyakit barah kulit di negara ini.
Petua untuk sentiasa selesa dan selamat sepanjang musim panas
Dr Scott menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelak kemudaratan diri ketika cuaca panas:
1. Penghidratan melalui minuman air dan elektrolit.
Pastikan anda banyak meminum air untuk mengganti kehilangan air dari tubuh ketika suhu panas. Pastikan anda sentiasa membawa sebotol air ketika berada di luar.
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari."
Namun, Dr Scott mengingatkan tentang minuman arak dan soda.
"Ramai yang cuba menghilangkan dahaga dengan meminum arak atau minuman soda yang mempunyai kandungan gula yang tinggi."
Sebaliknya, beliau menyarankan supaya mengganti minuman soda dengan minuman sukan atau 'sports drink' yang mengandungi elektrolit.
2. Elak sesetengah makanan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tembkai dan timun mengandungi air yang boleh membantu penghidratan.
Juga, sajian kurang lemak lebih mudah dihadam berbanding sajian yang mempunyai isi kandungan lemak yang tinggi.
Dr Scott berkata, "sistem penghadaman perlu bertindak lebih untuk memproses makanan yang berlemak tinggi dan ini boleh menaikkan suhu badan kita."
Stay hydrated throughout the day as a critical preventive measure against heat exhaustion. Credit: The Good Brigade/Getty Images
SunSmart ialah program pencegahan barah kulit dan baru-baru ini, melancarkan kempen di negeri Victoria bertujuan mengingatkan warga Australia supaya tidak cuai atau leka ketika berjemur di musim panas.
Kempen yang bergelar 'Don’t Let Cancer In', bertujuan mengubah sikap warga Australia yang hanya mengguna sunskrin ketika berenang atau di pantai sahaja, sebaliknya menggesa semua supaya mengamalkan penggunaan sunskrin dalam rutin seharian mereka.
Emma Glassenbury, ketua kempen Sunsmart ingin melihat amalan ini menjadi perkara kebiasaan bagi semua.
Saranan beliau, "Tak kiralah aktiviti apa yang anda lakukan, sama ada berkebun, membawa anjing keluar ke taman atau beristirehat bersama keluarga di luar, pastikan anda melindungi badan dari sinaran UV."
4. Atur aktiviti luaran anda mengikut cuaca dan tahap sinaran UV.
Sebelum keluar rumah, pastikan anda ketahui ramalan cuaca sepanjang hari. Semak dahulu tahap sinaran ultraviolet sebelum keluar.
Menurut Professor Anne Cust, "sinaran ultraviolet tidak semestinya paling kuat pada hari yang panas. Sebaliknya, sinaran UV turut dianggap bahaya pada hari mendung dan dingin."
Pendedahan berpanjangan terhadap sinaran UV yang tinggi boleh menyebabkan barah kulit.
Professor Cust membuat perbandingan di antara indeks UV di Australia berbanding di Eropah.
"Sebahagian besar Australia menerima sinaran UV yang kuat antara indeks 12 ke 14 pada musim panas berbanding indeks 8 di bahagian Eropah Selatan dan kawasan mediterranean."
Tambah beliau, "Justeru, kadar penyakit barah kulit lebih tinggi di Australia dan New Zealand berbanding di Eropah."
Most places in Australia have a UV index that peaks at around 12 to 14 in the summer months Credit: Six_Characters/Getty Images
Menurut Dr Scott, jika anda mudah letih atau tidak tahan berada dalam cuaca panas, jangan keterlaluan menjalakan aktiviti luaran. Berhenti seketika untuk berehat dan menyejukkan suhu badan.
“Namun, jika anda gemar menjemur diri, berjalan atau bersenam, ketahui batasannya, iaitu tahap tubuh anda mampu bertahan dalam cuaca panas. Jika anda rasa lemah atau kurang sihat, berhenti seketika dan cuba menyejukkan badan anda."
Hanya dengan memahami risiko pendedahan berpanjangan di bawah sinaran matahari yang terik serta memupuk amalan penggunaan sunskrin dan perlindungan dari sinaran UV yang berkesan, maka warga Australia mampu menikmati cuaca musim panas yang sememangnya indah tanpa sebarang keraguan.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dari Agensi Perlindungan Radiasi dan Keselamatan Nuklear Australia di .