Nikmati 'Bush Tucker' Sajian Budaya Asli Australia

Woman holding native Australian Lilly Pilly fruit.

A woman holding a harvest of native Australian lilly pilly fruit which is a nutritious form of bush tucker. Source: iStockphoto / Charlie Blacker/Getty Images/iStockphoto

Kaum orang asli Australia terkenal dengan kebijaksanaan mereka mengguna bahan-bahan semula jadi hasil tumbuh-tumbuhan alam sekitar yang dikenali sebagai 'bush tucker'. Sempena sambutan Tahun Baru yang kian menjelang dan demi menghayati semangat kepelbagaian budaya di negara ini, SBS Melayu menjemput anda mencuba resipi yang menggabungkan bahan bahan semula jadi bush tucker dalam sajian tradisional sambutan Tahun Baru anda. Langkah ini mampu mencetus perbualan dikalangan khalayak ramai akan kekayaan tradisi kaum orang Asli di negara ini.


Tajuk Utama
  • Bush tucker ialah makanan tradisi kaum orang asli Australia yang berkhasiat dan kaya dengan zat protein dan serabut diet.
  • Ambil kira makanan yang sedia ada mengikut musim panas bulan Disember di Hemisfera Selatan ketika merancang sajian sambutan hujung tahun anda.
  • Hasrat mengambil tahu dengan lebih mendalam mengenai bush tucker sekaligus menjadi tanda hormat kita terhadap warga pertama negara ini.
Pastinya ramai di kalangan masyarakat umum Australia ketahui akan kewujudan bush tucker, iaitu bahan semula jadi hasil tumbuh-tumbuhan dan kehidupan semula jadi alam sekitar yang digunakan dalam masakan kaum orang asli negara ini.

Namun, mungkin tidak ramai yang terfikir untuk mengganti ramuan semula jadi bush tucker ini dalam persiapan sajian tradisional masyarakat masing-masing, termasuk sajian masakan Melayu.

Mungkin, terbitan sebuah buku resipi baru bertajuk, “First Nations Food Companion and Warndu Mai: Introducing native Australian ingredients to your kitchen” mampu membuka mata masyarakat umum terhadap keistimewaan bahan semula jadi atau bush tucker kaum orang Asli Australia.

Damien Coulthard dari suku kaum asli Adnyamathanha dan Dieri dari daerah Flinders Rangers ialah co-pengarang buku resipi ini.

Menurut beliau, kerelaan masyarakat umum mengguna bahan-bahan semula jadi bush tucker dalam resipi tradisional masing-masing memerlukan pemahaman dan menjemput pengguna menghayati budaya paling tertua di dunia.
RX015-Guests-CreditJiwonKim-TheCookUpS5-2023-04-27-4.jpg
Pengasas Warndu, Damien Coulthard. Credit: Jiwon Kim Credit: Jiwon Kim
Bagi memudahkan penggunaan bush tucker, anda tidak perlu mengikut resipi baru. Sebaliknya, kekalkan sajian yang lazimnya disediakan namun dengan menukar beberapa bahan tradisional dengan ramuan bush tucker.

Berikut adalah lima cara untuk anda mengguna ramuan bush tucker dalam sajian perayaan anda.

1. Guna ramuan asli dalam sajian salad anda

Jika anda menyediakan salad, cuba gantikan bayam Inggeris dengan daun salad Warrigal, nama saintifiknya, Tetragonia Tetragonioides, yang juga dikenali sebagai bayam New Zealand.


Atau gantikan asparagus dengan samphire, yang lebih dikenali sebagai asparagus laut atau rumpai paya.

2. Guna ramuan bush tucker sebagai pemeram dan perisa

Jika anda bercadang menyajikan ayam atau ayam turki, kambing atau ikan, cuba gunakan perisa atau pemeram seperti 'saltbush' yang berperisa masin berherba. Pengganti garam semulajadi ini sesuai untuk daging atau ikan yang ingin dipanggang atau digoreng.

Buah pepperberri diguna sebagai perisa dan pemeram daging, manakala bunga 'Geraldton Wax' mempunyai rasa buah limau yang sesuai sebagai bahan isian daging ayam atau ikan.

3. Nikmati makanan laut

Sementara itu, Arabella Douglas dari suku kaum Minyunbal, selaku pengasas Currie Country, sebuah pertubuhan bertujuan memupuk pemahaman di kalangan masyarakat berbilang kaum negara ini menyarankan masyarakat umum menyoal diri sendiri.

Persolananya, apakah bahan makanan semula jadi yang lebih bersesuaian dengan musim panas penghujung tahun di Hemisfera Selatan?

Tambah beliau, "kenapa rakyat Australia perlu menyediakan sajian Hari Natal tradisi Eropah yang lebih bersesuaian dengan musim sejuk penghujung tahun di Hemisfera Utara?"
RX013-Guests-CreditJiwonKim-TheCookUpS5-2023-04-24-5.jpg
Arabella Douglas is a founder of Currie Country. Credit: Jiwon Kim
Kaum keluarga Arabella Douglas banyak menggunakan hasil makanan laut termasuk udang dan ketam.

Petua beliau, cuba bahan bush tucker sebagai perisa untuk membangkitkan lagi sajian makanan laut kegemaran ramai.

4. Guna ramuan asli dalam persiapan manisan klasik Pavlova

Strawberry Gum Pavlova with Wattleseed cream.jpg
Pavlova gam strawberri dengan krim bijian wattle. Credit: Josh Geelan and Luisa Brimble
Satu lagi resipi yang boleh diubahsuai ialah sajian manisan popular Australia, pavlova.

Lazimnya, manisan ini dihiasi dengan buah-buahan seperti strawberri, passionfruit dan buah kiwi.

Namun, apa kata mengganti bahan tradisional dengan ramuan bush tucker seperti bijian wattle.

Atau anda boleh mengguna buah asli Australia seperti quondongs, buah plum Davidson dan buah beri muntri.

Ramuan yang sama juga boleh digunakan dalam persiapan puding popular, trifle.

5. Guna ramuan asli sebagai perisa minuman

Sajian minuman juga boleh menggabungkan bahan asli bush tucker, tak kira minuman sejuk atau panas.

Limau jejari dari hutan tropika Queensland dan buah plum Davidson boleh digunakan dalam minuman soda dan koktail, manakala bunga 'lemon myrtle' sering digunakan dengan minuman yang menggunakan air tonik.

Pudina sungai atau nama saintifiknya, Mentha Australis, jika diguna sebagai ramuan minuman teh mempunyai khasiat yang mampu menenangkan anda.

Penggunaan bahan tumbuhan asli Australia ini mampu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang budaya kaum orang asli negara ini.

Semai dan tanam tumbuhan asli untuk penggunaan di dapur

Justeru, sempena musim perayaan dan sambutan tahun baru ini, hayatilah kekayaan warisan budaya kaum orang asli Australia melalui penggunaan bahan masakan asli bush tucker yang mampu mengubah dan mempertingkatkan lagi keenakan sajian istimewa anda.

Share