Kenapa Kesihatan Dan Kesejahteraan Mental Penting Bagi Kaum Lelaki

Anak lelaki meletak tangan di bahu bapa beliau sebagai tanda kemesraan dan kasih sayang.

Kaum lelaki seringkali merasai diri mereka terperangkap dalam persepsi masyarakat sekeliling tentang apakah ertinya menjadi seorang lelaki yang prihatin dengan peredaran masa, budaya, kepercayaan dan tradisi. Credit: AsiaVision/Getty Images

Lazimnya, golongan lelaki dilatih dari kecil supaya tabahkan hati dan bersikap tegas menghadapi segala kesusahan dan kemusykilan yang dialami. Ini termasuk mereka yang berhijrah ke Australia di mana sebagai ketua keluarga, cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh seseorang lelaki itu di negara baru kadang-kala amat keterlaluan untuk dipikul bersendirian. Malangnya, seringkali, tekanan yang mendadak ini boleh mengganggu kesejahteraan dan kestabilan emosi lelaki terbabit. Akibatnya, kehancuran rumahtangga dan impian asal untuk memulakan hidup baru.


Tajuk Utama
  • Program Mengubah Sikap mampu membantu kaum lelaki yang terbabit dalam keganasan dan penderaan domestik
  • Kini wujud program yang mengambil kira keperluan bahasa dan budaya masyarakat berbilang kaum
  • Satu langkah penting memperbaiki hubungan kekeluargaan ialah melalui penukaran peranan domestik di antara suami dan isteri
Setiap pendatang lazimnya mempunyai impian untuk memulakan hidup baru di negara ini.

Namun, tak semua berjaya mencapai impian mereka kerana ramai yang tewas dengan tekanan dan cabaran yang perlu dihadapi apabila berhijrah ke negara asing.

Paling membimbangkan kegagalan ini mampu mencetus kekerasan dan keganasan di antara pasangan suami isteri, seringkali keganasan terhadap isteri ditangan suami.

Perkhidmatan Penempatan Antarabangsa atau Settlement Services International, SSI, menawarkan program Membina Keluarga Yang Teguh atau dengan kerjasama khusus untuk kaum lelaki 18 tahun ke atas yang pernah terbabit dalam keganasan yang ditujukan terhadap pasangan mereka.

SSI menawarkan program membantu golongan lelaki mengubah sifat keganasan mereka yang mengambil kira perbezaan yang wujud di kalangan masyarakat pendatang baru.
Man and seas Getty Images_Benjamin Lee_EyeEm.jpg
Impian yang tidak tercapai tidak seharusnya mengakibatkan keganasan terhadap keluarga sendiri.
Program membina Keluarga Yang Teguh ini membabitkan kursus lathan yang mengandungi kes-kerja dan latihan kumpulan.

Program latihan kumpulan berlansunbg selama 18 minggu dalam Bahasa Arab dan sebelum ini turut ditawarkan dalam Bahasa Tamil.

Ghassan Noujaim yang berasal dari Lubnan ialah bekas penyelia program membina Keluaraga Yang Teguh.

Menurut beliau, dalam sesetengah budaya kaum lelaki dianggap sebagai ketua keluarga yang mencari nafkah, justeru mereka harus dipatuhi.
Jika saya menangis, sifat kelelakian saya dipersoalkan. Jika saya pohon pertolongan atau jika saya lemah, sifat kelelakian saya tercabar.
Ghassan Noujaim
Noujaim berkata ramai kaum lelaki merasai diri mereka terperangkap dalam bebanan budaya, kepercayan, tradisi serta tanggapan sifat kelelakian.

Segala perasaan ini seringkali bercanggah dengan kegagalan mereka mencapai impian yang diharapkan, sekaligus mencetus keganasan.

Dr Sumbo Ndi ialah seorang ketua kaunselor di pakar perhubungan peribadi … Relationships Australia di South Australia.

Menurut beliau, langkah pertama menangani kecenderungan melakukan keganasan bermula dengan keupayaan untuk mengenal pasti tekanan dan bebanan yang sering ditanggung bersendirian.

Dr Ndi menyarankan golongan ini memahami pengalaman yang harus diharungi oleh teman masing-masing, termasuk menukar peranan di antara kaum lelaki dan wanita bagi membolehkan kedua belah pihak memahami beban yang masing-masing perlu menanggung.
Menukar peranan tidak bermakna sumbangan seseorang itu kurang nilainya. Sebaliknya, menukar peranan domestik mampu membantu meringankan beban dan cabaran yang sering dialami oleh mereka yang berhijrah ke negara asing.
Dr Sumbo Ndi
Pertubuhan turut mengadakan kursus bertujuan membantu golongan masyarakat dari Afrika yang kini menetap di Adelaide menangani masalah keganasan dan penderaan domestic.

Dr Ndi menerangkan keganasan dan penderaan domestik adalah satu isu yang tabu yang jarang sekali diperbincangkan secara terbuka.

Namun, keupayaan untuk berbincang secara terbuka inilah yang mampu memastikan suasana harmoni di kalangan suami isteri dan masyarakat sekeliling.

Dad with laundry  Getty Images_MoMo Productions  .jpg
Kesihatan dan kesejahteraan mental kaum lelaki amat penting kerana ia membabitkan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat umum.
Sementara itu, memikirkan matlamat jangka masa panjang, termasuk apakah jenis tauladan yang ingin dijadikan tunjuk ajar kepada generasi seterusnya mampu meningkatkan lagi kesejahteraan mental kaum lelaki.

Demikian menurut Andrew King, Pengurus Pendidikan Komuniti

Menurut King … ramai kaum lelaki mempelajari tabiat-tabiat buruk untuk meluahkan perasaan akibat Pendidikan yang diterima dari kecil.

Seringkali, perasaan dan emosi negatif yang terpendam sekian lama akan meletup, mengakibatkan keganasan.

Saranan Andrew King, cuba luahkan persaan kepada teman rapat atau tuntut bantuan dari seorang pakar perhubungan.

Tambah King, kebolehan berkomunikasi amat penting, justeru beliau mengesyorkan kaum lelaki yang merasai kemarahan semakin mendadak supaya berhenti seketika dan cuba mendengar dan menghormati pandangan pasangan mereka.
  • Cuba dengari dan memahami pandangan orang lain
  • Hormati pandangan lain tanpa memaksa orang lain mematuhi kehendak sendiri
  • Luahkan perasaan dan pemikiran 
  • Duduk buat seketika dan tenangkan fikiran
  • Tenangkan diri sebelum mengadakan sebarang perbincangan kritikal
  • Elak dari meminum arak atau pengambilan dadah sebelum perbincangan
Child on shoulders in sunset   Getty Images_Aliyev Alexei Sergeevich.jpg
Kaum lelaki memegang peranan sebagai bapa, abang dan teman, justeru kesihatan dan kesejahteraan mental mereka memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga.
Dr Ndi menyarankan kaum lelaki supaya bersedia memaklumkan kelemahan diri.
Jangan risau atau malu sekiranya anda merasai diri anda tidak mampu menangani segala-galanya. Luahkan keresahan dan cuba pohon pertolongan.
Dr Sumbo Ndi
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh Relationships Australia, sila klik di , atau telefon 1300 364 277 dengan caj panggilan tempatan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan menangani tekanan emosi, sila hubungi MensLine Australia di talian 1300 78 99 78 untuk mendapatkan nasihat percuma.

Talian dibuka 24 jam.

Jika anda perlu penterjemah, sila hubungi perkhidmatan penterjemahan di di talian 13 14 50.

Share