Bagaimana Untuk Menjadi Penyokong Warga Pertama Australia

How to become a First Nations advocate

Pelajar muda kaum orang asli bersantai menikmati cuaca indah Australia. Credit: SolStock/Getty Images

Sokongan anda terhadap penduduk asal Australia yang lebih dikenali sebagai warga First Nations mampu menonjolkan suara dan perjuangan kaum orang asli di negara ini. Namun, sokongan anda perlulah secara aktif dan menyertai perjuangan dalam segala perihal yang penting kepada kaum orang asli negara ini. Berikut adalah beberapa aspek sokongan yang boleh anda babitkan diri sebagai tanda sokongan jati anda.


Tajuk Utama
  • Timba pengetahuan anda tentang sejarah warga pertama atau First Nations of Australia serta cuba mendalami hubungan mereka dengan masyarakat umum negara ini.
  • Pelajari mengenai pemilik asal tanah yang anda duduki sekarang ini.
  • Masyarakat berbilang kaum dan warga asal negara ini seharusnya saling berkongsi budaya serta pengalaman yang dilalui masing-masing demi membentuk masyarakat madani.
Dr Summer May Finlay dari suku kaum asli Yorta Yorta menggesa masyarakat umum mendekati serta menghayati budaya dan pengalaman warga asal atau First Nations people di negara ini.

Tambah beliau, penyokong jati warga asal atau "First Nations ally" perlu memberi sokongan aktif terhadap segala aspek yang dianggap penting oleh kaum orang asli.

Summer May Finlay.jpg
Dr Summer May Finlay.
Kata beliau, “Masyarakat umum perlu berganding bahu dengan warga First Nations untuk menonjol dan memaparkan suara serta isu yang penting bagi kaum orang asli negara ini demi menjayakan perjuangan mereka."

Tanpa kewujudan jalan mudah, masyarakat umum tetap boleh memberi sokongan sekata sebagai "ally" kepada warga First Nations demi membantu mereka mencapai matlamat yang sekian lama diperjuangkan.

Pertingkatkan pengetahuan anda tentang warga First Nations

Menurut Karen Mundine dari suku kaum Bundjalung, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Reconciliation Australia, antara langkah penting untuk membuktikan sokongan anda ialah dengan mengenali dan mendekati masyarakat warga asli negara ini.

Tambah Karen Mundine, "Manfaat mengenali masyarakat orang asli negara ini bukan setakat mempertingkatkan hubungan dengan warga First Nations. Sebaliknya, ia juga memperkayakan diri kita sendiri."

Karen Mundine Pic Joseph Mayers.JPG
Ketua Pegawai Eksekutif Reconciliation Australia, Karen Mundine. Credit: Reconciliation Australia Credit: Joseph Mayers/Joseph Mayers Photography
Sementara itu, Dr Summer May Finlay menggesa masyarakat umum mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang warga asli Australia dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut beliau, "seorang penyokong jati mengambil masa untuk mendalami isu-isu yang membabitkan warga asli negara ini yang terdiri dari hanya tiga peratus jumlah bilangan penduduk Australia."

Antara sumber maklumat mengenai warga First Nations yang boleh diperolehi tanpa ragu termasuk pertubuhan Reconciliation Australia atau majlis perdamaian atau reconciliation tempatan di negeri atau wilayah anda.
Kesaksamaan semua

Luke Pearson dari suku kaum Gamilaraay ialah pengasas Indigenous X, sebuah pertubuhan yang memaparkan bakat dikalangan kaum orang asli negara ini.

Menurut Pearson, masyarakat umum terlebih dahulu perlu memaklumkan kesaksamaan kaum orang asli negara ini sebelum mendalami sejarah mereka.
Luke Pearson.jpg
Pengasas Indigenous X, Luke Pearson
Pearson berkata, "Setiap individu boleh memain peranan untuk mengubah sikap mereka terhadap warga First Nations, namun mereka harus berwaspada akan risiko penggunaan istilah puak sekutu atau ally kerana ia mampu mengenepikan kepentingan warga asli negara ini."

Tambah Pearson, "Matlamatnya ialah untuk mempertingkatkan taraf kehidupan warga asli negara ini dan bukan semata-mata untuk memberi kepuasan diri kepada penyokong atau ally warga First Nations."


Share