Tajuk Utama
- Ikan jerung ialah pemangsa apeks yang memain peranan penting mengekalkan keseimbangan ekosistem marin.
- Mematuhi panduan keselamatan ketika berenang di laut mampu mengurangkan risiko serangan ikan jerung.
- Berdepan dengan ikan jerung di laut amat menakutkan, namun jangan terlalu cemas dan cuba berundur perlahan-lahan.
Ekosistem marin di Australia kaya dengan kehidupan laut termasuk ikan Jerung Great White, ikan yu tenggiri dan ikan yu tukul serta beberapa species yu terumbu karang yang lain.
Ikan jerung memain peranan penting sebagai pemangsa apeks yang mampu mengekalkan keseimbangan ekosistem marin yang semakin terancam.
Menurut Dr. Paul Butcher, pakar ikan jerung, "memahami tabiat ikan jerung dan habitatnya mampu mengurangkan risiko sekiranya anda menghadapi pemangsa apeks ini ketika berenang."
Memahami tabiat ikan jerung
Dr Butcher ialah ahli sains di Jabatan Industri Utama kerajaan negeri New South Wales. Beliau menyelidik kaedah saintifik bagi melindungi perenang laut di perairan New South Wales dari risiko serangan ikan jerung
Manusia perlu memahami peranan penting ikan jerung mengekalkan kesinambungan kesihatan ekosistem laut dan alam sekitar. Walaupun ikan jerung amat menggerunkan, namun kita harus sedari betapa indahnya pemangsa apeks ini yang sepatutnya dihormati dan dilindungi.Dr Paul Butcher
Pergerakan ikan jerung dipantau dari udara melalui helikopter oleh pasukan penyelamat Surf Life Saving Australia – Image: Surf Life Saving Australia.
“Ikan jerung akan berenang dalam perairan tak kira suhunya manakala ikan yu Bull Shark hanya didapati dalam perairan yang suhunya melebihi 20 darjah Celcius. Ikan jerung Great White pula seringkali mendekati persisiran pantai pada tengahari manakala ikan yu Bull Shark pula dari tengahari dan sepanjang malam.”
Bagi mengelak risiko serangan ikan jerung, Dr Butcher mempunyai beberapa petua keselamatan ketika berenang di laut.
Hanya berenang di kawasan yang dironda oleh pasukan penyelamat dan hadkan kawasan berenang di antara bendera tanda keselamatan yang dikibarkan. Cuba elak dari berenang bersendirian dan jauhi dari kawasan yang mempunyai banyak ikan umpan dan burung penyelam.Dr Paul Butcher
Dr Paul Butcher – Image: New South Wales Department of Primary Industries.
Keselamatan Di Pantai
Dr Jaz Lawes, seorang ahli ekologi yang kini mengetuai pasukan penyelidik pertubuhan Surf Life Saving Australia menekankan aspek keselamatan ketika di pantai.
Bagi mengelak serangan ikan jerung, jangan berenang selapas waktu senja, pada waktu malam sehingga waktu subuh. Sebaik mungkin, berenang dengan seorang teman bagi mengelak bersendirian di dalam laut.Dr Jaz Lawes
Jika anda berenang di laut dan tiba-tiba didekati ikan jerung, jangan terlalu cemas, sebaliknya cuba tenangkan diri sebaik mungkin.
“Bergantung kepada keadaan, cuba perhati tingkahlaku ikan jerung terbabit. Jika ianya kelihatan marah dan berenang tak tentu arah, cuba kembali ke pantai secepat mungkin. Namun, jangan cemas dan tergopoh-gapah berenang ke pantai kerana tingkahlaku sedemikian boleh dianggap sebagai suatu provokasi terhadap ikan jerung terbabit.”
Menurut Dr Paul Butcher, serangan ikan jerung amat jarang sekali berlaku, namun perenang perlu ketahui tindakan yang perlu diambil bagi mengelak risiko serangan.
Lifesavers on patrol at the beach – Image: Surf Life Saving Australia.
Produk repelan atau pencegah ikan jerung wujud di pasaran namun keberkesanannya tidak terjamin.
Di Australia, warganya bernasib baik kerana mempunyai persatuan Surf Life Savings Australia yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara
"Anggota penyelamatnya yang dikenali sebagai lifeguard atau surf lifesavers memastikan pengujung pantai dan perenang terjaga dan terkawal sebaik mungkin. Rondaan dijalankan melalui drone dan helikopter dan sekiranya ikan jerung dikesan berdekatan persisiran pantai, siren atau loceng amaran akan dibunyikan
Lain kali jika anda ke pantai, ingat, kawasan di antara bendera merah dan kuning ialah kawasan renang paling selamat.
Manakala bagi mereka yang gemari sukan papan luncur air atau surfing, perairan paling selamat ialah di mana pasukan penyelamat sentiasa membuat rondaan.
Impact ecologist and beach safety researcher Dr Jaz Lawes from Surf Life Saving Australia – Image: Surf Life Saving Australia.
Penyelidikan dan pemuliharaan
Sesetengah kerajaan negeri dan wilayah Australia mempunyai pelbagai strategi bagi mengurangkan insiden serangan ikan jerung.
Ini termasuk penandaan dan pemantauan pergerakan ikan jerung, memasang rangkaian tong drum dan pukat bagi menghalang kemasukan ikan jerung ke perairan sisiran pantai yang popular dengan pengunjung juga penggunaan dron dan helikopter untuk memantau pergerakan ikan jerung dari udara.
Program penandaan ikan jerung yang dijalankan oleh kerajaan negeri New South Wales adalah yang terbesar di dunia.
Menurut Dr Paul Butcher, program penandaan ini bermakna setiap pengunjung pantai mampu mendapatkan lokasi terkini ikan jerung yang ditanda sekiranya ia memasuki kawasan perairan yang popular di kalangan pengunjung.
Jika seeokor ikan jerung mendekati kurang 500 meter dari salah satu daripada 37 penanda stesen pendengaran di sepanjang persisiran pantai New South Wales, amaran segera akan dihantar ke aplikasi . Aplikasi yang sama juga turut ditawarkan kepada pengunjung pantai di negeri- negeri lain, termasuk aplikasi di Western Australia.
It is crucial to be prepared and know how to respond in case of a shark encounter in the water. Source: Moment RF / Khaichuin Sim/Getty Images
Petua utama untuk berenang dengan selamat di perairan Australia:
- Berenang di kawasan yang dironda, di antara bendera merah dan kuning.
- Sentiasa memantau kanak-kanak ketika mereka berada berdekatan atau di dalam laut.
- Jauhi dari berada di dalam laut jika anda mengalami luka atau kecederaan yang berdarah.
- Berenang dengan rakan-rakan bagi mengelak berseorangan di dalam laut.
- Jangan meminum arak atau mengambil dadah ketika berenang di laut.
- Ikuti nasihat pasukan penyelamat lifesavers atau lifeguard.
- Elak kawasan perairan yang mempunyai ikan umpan atau aktiviti di mana ikan diberi makanan; lazimnya burung penyelam adalah petanda kewujudan ikan umpan.
- Kewujudan dolfin atau ikan lumba-lumba tidak bermakna tiada ikan jerung, malahan kedua-dua spesies ini mempunyai sumber makanan yang sama. Juga, ikan jerung didapati pernah menyerang dolfin.
- Penggunaan repelan mungkin boleh membantu mengurangkan risiko serangan ikan jerung.
- Ketahui batasan dan keadaan pantai dan perairan.
- Hubungi persatuan berdekatan anda untuk menjadi ahli sukarelawan.
- Layari atau muat turun aplikasi untuk maklumat lanjut.