First Person

Eidul Fitri di Perantauan

Warga Melayu di Melbourne menyambut Eidul Fitri jauh dari sanak saudara di tanahair. SBS Bahasa Melayu meninjau persiapan mereka dan cuba mendalami pengalaman berhari-raya tanpa kaum keluarga bagi mereka yang datang ke Australia untuk cuba mengubah nasib.

Eid-Perantauan.pic

Zaini Ahmad menemubual warga Melayu yang menjual apam balik di Noble Park, Victoria.

Tahun ini, pasangan suami-isteri, Md Kamal Ismail dan Solsila Abu Samah, yang lebih dikenali sebagai Pak Teh dan Sheila, bergabung dengan rakan mereka, Zahari Afendi, menganjur bazaar Ramadan Malaysia di Noble Park, Victoria.

Tujuan asal mereka hanya untuk menganjur bazaar Ramadan selama tiga hari sahaja pada minggu pertama bulan ramadan yang mulia. Namun, sambutan yang diterima dari khalayak ramai begitu hebat sekali, lantas mendorong Pak Teh, Sheila dan Fendi untuk meneruskan bazaar Ramadan Malaysia setiap Juma'at, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan puasa.

Bagi semua peniaga, bazaar Ramadan ini memberi peluang untuk mencari nafkah tambahan, lbih-lebih lagi pulangan yang diterima amat berbaloi. Malahan, salah seorang peniaga menjual apam balik yang begitu popular sekali, kini mengambil keputusan untuk berhenti kerja beliau di tapak semaian untuk menumpukan perhatian penuh terhadap kerjaya baru beliau sebagai seorang peniaga apam balik yang sememangnya begitu enak sekali. SBS Bahasa Melayu sempat menemubual dengan warga Melayu yang mempunyai semangat keusahawanan untuk terus berjaya di Australia.


Share
Published 11 April 2024 11:39am
Updated 26 April 2024 1:21pm
Presented by Zaini Ahmad
Source: SBS

Share this with family and friends